Langkau ke kandungan

Tentang Lipur

Nama Lipur datang daripada penglipur lara: tukang cerita yang menghiburkan hati yang lara. Dulu dia duduk di serambi dan bercerita sampai larut malam. Hari ni ceritanya sampai melalui telefon.

Lipur ialah laman webnovel milik sendiri untuk cerita Melayu. Setiap novel ada dunianya sendiri: warna, huruf, latar dan bunyi ikut jiwa cerita. Komen siaran langsung, mesej dan notifikasi dalam cerita dipaparkan seperti di telefon watak, tetapi semua kesan boleh ditutup dan setiap bab tetap boleh dibaca sebagai teks biasa.

Novel pertama: Sambut

Sambut oleh Ray Nomad ialah novel seram tentang seorang pencipta kandungan yang menyambut saka arwah neneknya secara langsung di hadapan ribuan penonton. Prolog hingga Bab 5 keluar serentak, kemudian dua bab seminggu.

Prinsip kami

Status laman

Laman ini masih dalam fasa awal. Bab yang dah keluar boleh dibaca percuma. Akaun pembaca (pilihan, tanpa kata laluan) menyimpan kemajuan anda di semua peranti dan membolehkan reaksi serta komen. Cara menyokong penulis secara terus akan dibuka kemudian.