Langkau ke kandungan

Terma Penggunaan

Dikemas kini 17 Oktober 2026

Draf. Maklumat pendaftaran perniagaan (SSM) dan alamat hubungan dipaparkan dalam Terma Jualandan akan dilengkapkan sebelum jualan awam dibuka.

1. Tentang terma ini

Dengan menggunakan Lipur, anda bersetuju dengan terma ini. Jika tidak bersetuju, sila jangan gunakan laman ini.

2. Kandungan dan hak cipta

Semua novel di Lipur dilindungi hak cipta oleh penulis masing-masing. Sambut © 2026 Ray Nomad, hak cipta terpelihara. Anda boleh membaca untuk kegunaan peribadi dan berkongsi pautan atau petikan ringkas untuk ulasan. Anda tidak boleh menyalin, menerbitkan semula, menjual, atau mengumpul kandungan secara automatik (scraping) tanpa izin bertulis.

3. Akses bab

Bab awal setiap novel boleh dibaca percuma, dan bab lain dibuka percuma secara berperingkat mengikut jadual siaran. Pembeli novel penuh boleh membaca semua bab serta-merta. Jadual siaran boleh berubah dan akan dimaklumkan di halaman novel.

4. Fiksyen dan amaran kandungan

Novel di Lipur ialah karya fiksyen. Watak, akaun media sosial, aplikasi dan tempat dalam cerita adalah rekaan. Novel seram mungkin mengandungi tema yang mengganggu; amaran kandungan dan penarafan umur (cadangan 13+) dipaparkan di setiap halaman novel. Bacaan ayat suci dan amalan perlindungan dalam cerita dipaparkan sebagai sebahagian cerita, bukan panduan rawatan.

5. Penggunaan yang dilarang

6. Pembelian

Novel boleh dibeli penuh sekali bayar untuk membaca semua bab serta-merta. Pembelian tertakluk kepada Terma Jualan dan Polisi Bayaran Balik.

7. Penafian

Laman disediakan “seadanya”. Kami berusaha memastikan laman sentiasa tersedia, tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung akibat penggunaan laman.

8. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

9. Perubahan

Kami boleh mengemas kini terma ini. Tarikh kemas kini dipaparkan di bahagian atas halaman.