Terma Jualan
Dikemas kini 18 Oktober 2026
Draf. Maklumat pendaftaran perniagaan belum lengkap. Jualan awam hanya dibuka selepas ruangan bertanda diisi.
1. Penjual
- Nama perniagaan: [nama perniagaan berdaftar: akan diisi]
- No. pendaftaran (SSM): [nombor pendaftaran SSM: akan diisi]
- Alamat: [alamat perniagaan: akan diisi]
- Hubungan: [emel hubungan: akan diisi]
2. Apa yang anda beli
Pembelian novel penuh memberi akses membaca semua bab novel itu dalam laman Lipur, serta-merta selepas bayaran disahkan, untuk akaun Lipur yang digunakan semasa membeli. Akses adalah kekal selagi novel itu diterbitkan di Lipur dan akaun anda aktif. Ia bukan langganan dan tiada caj berulang.
Pembelian tidak termasuk muat turun fail (EPUB/PDF), hak menyalin, menerbitkan semula atau berkongsi akaun. Bab yang belum dibeli tetap dibuka percuma secara berperingkat mengikut jadual siaran novel.
3. Harga
Harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM) di halaman novel dan halaman pembayaran, termasuk harga pelancaran bermasa jika ada. Harga yang terpakai ialah harga yang dipaparkan semasa anda menekan butang bayar. Tiada caj tersembunyi; cukai jualan belum dikenakan.
4. Bayaran
Bayaran diproses oleh CHIP (DuitNow QR, FPX, e-dompet, kad debit/kredit). Lipur tidak menerima atau menyimpan butiran kad atau bank anda. Resit dihantar oleh CHIP ke emel yang anda berikan. Akses diberi selepas CHIP mengesahkan bayaran; bagi FPX/QR ini biasanya beberapa saat, tetapi boleh lebih lama.
5. Akaun
Pembelian memerlukan akaun Lipur. Jaga passkey atau akses emel anda; akses tidak boleh dipindahkan ke akaun lain.
6. Bayaran balik
Lihat Polisi Bayaran Balik.
7. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan peraturan e-dagangnya.